I letak empty August lah sebab baby² ni semua habisnya akhir ogos hari tu. Hari ni baru I nak share.

  • Colourpop Gimme S’more Lip Tint
  • Safi Percect White Purifying 2 in 1 cleanser
  • OGX Coconut Water Conditioner
  • Originz Orginal Skin Retexturizing Mask with Clay Rose
  • Originz Drink Up Intense Overnight Mask
  • Vesaline Deodorant Dry Serum

Elok lah I bagi short review untuk semuanya.

Colourpop Gimme S’more; Yang ni kalau pernah baca post I yang sebelum-sebelum ni, memang I ceritakan betapa “in-love” nya I dengan lip tint ni. I serious like suka sangat sangat sangat. Dari packaging ke shade ke finish ke formula. Semua I suka. Best sangat sangat sangat.

Safi Perfect White Purifying 2 in 1 Cleanser; Kalau yang ini mula-mula sekali I suka dia punya packaging. I memang into liquid cleanser sebab senang nak keluar. Lagi² packaging macam ni, tak perlu guna tenaga banyak pun. Dari segi packaging pun I suka sebab see-through. Sejak tahun lepas I memang suka beli yang see-through macam ni. Senang kalau habis, kita nampak.

Untuk hasil pulak, yang ni biasa je. Sama macam produk cleanser yang lain. Tiada perubhan pun. Tapi, lepas pakai rasa lah ketat sikit muka yakni kering. Lagi satu, dia ada bijik2 warna biru. Untuk deep clean. Lepas pakai memang kena tambah hydrator. Sangat. Sangat perlu. Sebab buat muka ambe kering.

OGX Coconut Water Conditioner; the best conditioner EVER!! Okay second place. Sebab I baru je cuba conditioner baru. Tapi I tak nak cerita yang tu. I suka sangat sangat coconut water conditioner niiii!!! Seronok sangat sangat sangat. Dari dia punya texture sampai finishing dia sangat memuaskan.

Masa tengah pakai pun dah dapat rasa kelainan tau. Rasa rambut lembut. Semua rambut yang bersimpul semua terlerai terus. Effortless. Gugur pun kurang. Dan yang paling penting, hasilnya rambut lembut dan tak kering. Tapi i pakai dengan hair serum lah. Hair serum jangan lupa pakai.

Originz Orginal Skin Retexturizing Mask with Clay Rose; Clay ni I dapat trial pack sebenarnya. Tapi selepas 2 tahun baru habis pakai. I habiskan tu pun sebab dah nak expired. I malas sikit nak pakai clay mask. I lagi suka sheet mask masa tu (Sekarang i lagi prefer mask macam ni).

I honestly tak nampak apa-apa perubahan pun lepas pakai clay mask ni except rasa muka lagi lembut dan licin. Itu sahaja. Jadi, repeat? Next bottle? NOPE.

Originz Drink Up Intense Overnight Mask; Overnight mask ni pakai waktu malam selepas moisturiser. Everyday tapi sebab I malas, yang ni pun selepas 2 tahun baru habis. Ada perubahan tak? Tiada. Ada certain mask, bila pakai you akan rasa cantik tau. Tapi this one tak. Untuk I, mask ni macam tak bagi apa-apa perubahan pun melainkan sedikit kelembapan.

Vesaline Deodorant Dry Serum; Okay. Lain sikit dari yang lain. Ini deodorant Dry Serum. You boleh pakai macam biasa. Deodorant biasa. Katanya boleh kurangkan kehitaman dia bawah lengan kan? I dah pakai lama. Sejak mula-mula release lagi. I suka dry serum ni sebab dia melembabkan bawah lengan kita.

Cara pemakaian just picit sikit sampai cream keluar dan sapu je macam biasa. Tapi i rasa macam cream tu masuk balik tau. Tak hygiene kan? So I pakai dengan cara lain sikit. Dan lebih hygiene. I saou guna tangan. Then, basuh lah. Lebih selamat. Cream tak masuk balik.

Hasil? I tak boleh nak cakap sangat sebab bawah lengan I tak hitam, so untuk I, takde beza pun lah. Tapi I dengar ada yang berjaya.


Itu sahaja buat masa sekarang. Semoga membantu. Terima kasih kerana masih bersama I dan habiskan entri yang tak seberapa ni.

xoxo, Shafiqah.

Leave a comment